Kemahiran Manipulatif

-->

           Pengenalan          

Sains menekankan inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di gunakan. Kemahiran saintifik adalah penting dalam sebarang penyiasatan saintifik saperti menjalankan eksperimen dan projek. Kemahiran saintifik merangkumi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Apakah dia kemahiran manipulative?Manipulatif bermaksud mengawal atau kebolehan menggunakan sesuatu dengan mahir.Oleh itu kemahiran manupulatif adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan kita untuk melaksanakan kerja-kerja amali yang melibatkan perkembangan koordinasi mata-tangan dan kebolehan mengendalikan projek.Sebagai contoh seorang pelajar menggunakan sepasang tweezer..dan kanta pembesar untuk mengamati organ dalaman tumbuhan berbunga.
Kemahiran manipulatif di dalam penyiasatan saintifik adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan pelajar menguasai :

a)         Jenis dan unit pengukuran
b)         Pengguanaan  dan pengendalian  alatan sains
c)         Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat
d)         Pengendalian specimen dengan cara yang betul dan
             cermat
e)         Pembersihkan peralatan sains dengan betul
f)          Penyimpanan  alatan sains dan bahan makmak dengan
            betul dan selamat

Dengan menguasai kemahiran manipulatif para saintis mampu mendapatkan keputusan yang sah.Ia juga akan menghindarkan kemalangan dan

1. Lukis dan namakan peralatan yang pernah anda gunakan untuk  pengajaran sains sekolah rendah
2.    Terangkan bagaimana anda menggunakan peralatan tersebut dengan betul.



Bila menggunakan kemahiran manipulatif pelajar perlu mengambil kira keselamatan diri dan rakan-rakan.Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk semasa menggunakkan alatan yang pecah ,tidak mencucuk bahan yang tajam dan panas kepada rakan-rakan , mengelakkan specimen yang tajam,serangga yang berbisa dan memakan bahan yang beracun secara tidak sengaja. Melatih sikap tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain adalah sikap yang baik dan murni.

Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai,bina satu peta konsep tentang kepentingan menguasai kemahiran manipulatif bagi pelajar. 



2.1       JENIS DAN UNIT PENGUKURAN

2.1.1   PENGUKURAN PANJANG

Untuk mengukur panjang, kita boleh menggunakan pembaris atau pita ukur. Ukuran terkecil pada pembaris meter adalah 0.1 cm. Pembaris meter hanya boleh mengukur panjang dengan tepat sehingga 0.1 cm.

1.    Huraikan cara yang betul bagaimana untuk membaca skala pada pembaris untuk mengelakkan ralat parallak
.
2.    Huraikan bagaimana diameter sebiji bola ping pong boleh diukur dengan menggunakan pembaris meter dan sepasang set square
   

Angkup vernier dan micrometer screw gauge adalah alat yang biasa digunakan didalam makmal dan industry.  Angkup vernier sesuai untuk mengukur panjang objek, diameter luar (OD) objek berbentuk sfera atau silinder, diameter dalam (ID) paip dan kedalaman lubang.

Kumpul maklumat daripada pelbagai sumber mengenai angkup vernier dan mikrometer tolok skru.
.


2.1.2   MENGUKUR MASA
Masa boleh diukur dengan menggunakkan alat seperti jam, atau sebarang alat yang mengalami gerakan secara berkala.

Go to fullsize image
Go to fullsize image

Jam randik analog
Jam randik digital



JAM RANDIK 

Jam randik digunakan untuk mengukur julat masa yang pendek. Terdapat dua jenis jam randik iaitu jam randik digital dan analog. Jam randik digital lebih tepat dari jam randik analog kerana ia boleh mengukur masa dalam julat 0.01saat manakala jam randik analog hanya boleh mengukur masa dalam julat 0.1 saat..
Oleh kerana jam randik adalah alat yang sensitif dua atau tiga bacaan perlu diambil dan masa purata dirakamkan. Ini disebabkan masa bermula dan berakhir tidak sama diantara individu.

Masa reaksi yang biasa diambil oleh individu adalah diantara 0.2 hingga 0.3 saat. Fikirkan satu eksperimen untuk mengaggarkan masa reaksi untuk seseorang individu.





2.1.3   MENGUKUR ISIPADU
IMGP3346
IMGP3344
Go to fullsize image
Go to fullsize image
Isipadu adalah jumlah ruang yang di isi biasanya diukur dengan menggunakan bikar, flask konikal, flask volumetrik, silinder bersenggat, picagari, buret dan pipet. Ahli kimia menggunakan unit liter(l) dan milliliter(ml).  Senggatan pada bikar dan flask konikal adalah anggaran dan tidak boleh digunakan  untuk mendapatkan ketepatan pengukuran. Pipet,buret dan flask volumetrik digunakan bagi tujuan tersebut.


Huraikan bagaimana menggunakan pipet dalam penitratan asid-bes dengan betul. 
Adakah asid atau bes boleh dimasukkan ke dalam pipet? Kenapa?



     



1.1.4  MENGUKUR SUHU

 Termometer raksa adalah termometer yang selalu di gunakan dalam makmal sains. Merkuri didalam bulb akan mengembang apabila dipanaskan. Pengembangan ini akan menolak keatas benang merkuri dalam tiub kapilari. Bulb ini diperbuat daripada kaca yang nipis supaya haba dapat dikonduksikan dengan cepat kepada merkuri .Batang kaca yang berbentuk silinder bertindak sebagai kanta pembesar supaya suhu boleh dibaca dengan mudah.

Clinical_Thermometer
a picture of thermometer . Diagnostic . Electronic . Hand . Health . Health Care . Instrument . Medical Science . Medicine . People . Person . Precision . Sick . Square . Thermometer . Holding . Fever . Temperature .



1.    Bincangkan cara yang betul bagaimana menggunakan termometer merkuri.
2.    Apakah persamaan dan perbezaan di antara termometer merkuri dan termometer klinikal?







2.1.5  MENGUKUR JISIM 

Jisim adalah kandungan jirim sesuatu objek. Kita selalunya menggunakan neraca tiga palang untuk mengukur jisim. Ianya mendapat nama neraca tiga palang kerana ia mempunyai tiga palang yang menunjukkan jisim yang berada pada setiap beam

Ini adalah gambarfoto neraca tiga palang. Anda mungkin telah menggunakan nya di sekolah.terdapat pelbagai jenis penimbang. Saintis memerlukan penimbang untuk mengukur jisim yang kecil.

tbb

Neraca tiga palang membandingkan jisim yang diketahui dengan jisim yang tidak diketahui dan ianya tidak dipengaruhi oleh gravity, tidak saperti penimbang spring yang mengukur berat. palang yang pertama mengukur jisim dari 0 hingga 10 grams. palang yang tengah mengukur dalam julat 100 grams dan beam yang akhir dalam julat 10 grams.  Dengan menggunakan ketiga-tiga palang anda boleh mengukur jisim objek yang anda kehendaki.

 1.1.6     MENGUKUR ARUS ELEKTRIK/VOLTAN


AMMETER
China 85 Moving Coil Instruments With Rectifier AC Ammeter
DC Ammeter (J0407)

Untuk mengukur jumlah arus elektrik ammeter boleh digunakan. Ammeter disambungkan secara siri dengan litar elektrik. . Bacaan skala maksikum adalah pesongan penuh skala. 

Kebanyakan ammeter mempunyai skala berkembar. Ammeter adalah alat yang sensitif. Untuk mengelakan kerosakan ammeter langkah-langkah berjaga-jaga berikut perlu diperhatikan;

1.        ammeter mempunyai julat yang sesuai untuk mengukur arus.
2.        jika arus yang diukur adalah besar daripada pesongan maksimun skala ,arus berlebihan akan mengalir melalui ammeter dan merosakkanya.
3.         adalah penting untuk dimulakan dengan julat yang tertinggi bila menggunakan ammeter.
4.      ianya adalah penting untuk menyambungkan ammeter dengan cara yang betul untuk mengelakkan kerosakan bila jarum penunjuk bergerak dalam arah yang salah. Terminal positif ammeter perlu disambungkan kepada terminal positif bateri atau punca kuasa. Begitu juga dengan terminal negatif ammeter.
5.       sebelum menggunakan ammeter pastikan jarum ammeter berada pada kedudukan sifar. Ini boleh dilakukan dengan melaraskan pelaras sifar dibawah jarum tersebut.


VOLTMETER

Go to fullsize image
Go to fullsize image

Beza keupayaan merentasi 2 titik dalam sesuatu litar boleh diukur dengan menggunakan voltmeter. Voltmeter perlu disambungkan secara selari merentasi komponen yang di ukur. Langkah-langkah berjaga-jaga sama saperti penggunaan ammeter.

Go to fullsize imageGo to fullsize image
multimeter adalah meter elektrik pelbagai fungsi.

Bincangkan apa yang boleh diukur dan bagaimana menggunakannya








2.2.0  PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN SAINS


2.2.1  Mikroskop     

Mikroskop cahaya  – kebanyakan modul yang digunakan di sekolah menggunakan kanta dan cahaya untuk membesarkan objek. Kanta yang digunakan membiaskan cahaya untuk membuatkan objek nampak lebih dekat.

Stereoskop – mikroskop ini membenarkan penglihatan binocular untuk melihat objek yang lebih besar.

Bincangkan prosedur umum bagaimana menggunakan dan mengendalikan mikroskop.







2.20     PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

l  Jangan memanaskan pelarut yang mudah terbakar dengan api
l  Pelarut yang tidak di gunakan perlu disimpan semula didalam stor pelarut atau di lupuskan tanpa penangguhan.
l  Elakkan tumpahan dan basuh tangan segera dengan sabun dan air jika berlaku sentuhan..
l  Campurkan bahan kimia kedalam air dan tidak sebaliknya Gunakan spatula yang berlainan untuk bahan kimia yang berbeza
l  Hadkan penggunaan jumlah bahan kimia yang digunakan dalam makmal.

PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN ELEKTRIK

l  Pastikan semua kable elektrik dalam keaadaan yang baik.
l  Pastikan litar tidak melampaui beban. Penyambungan yang dibuat perlu betul.
l  Jangan sentuh peralatan elektrik yang disambungkan pada punca dengan tangan yang basah.
l  Jangan gunakan bahan-bahan logam atau barangan kemas bila bekerja dengan alatan elektrik.
l  Ambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan tumpahan keatas alatan elektrik.

MELUKIS RAJAH DAN ALATAN DENGAN TEPAT

Disini terdapat beberapa tip untuk melukis specimen.

1. gunakan kertas kosong yang mempunyai banyak ruang .
2. gunakan pensil yang tajam..
3. lukis apa yang anda Nampak sahaja.
4. lakar rajah yang besar dan mudah.
5. lukis dengan menggunakan skala yang betul dan sesuai.
 6. jangan melorek atau mewarnakan rajah. . Use stippling to indicate a
     darker area
7. gunakan pembaris untuk melukis garisan.jangan merintangi garis
    yang berlabel.
8. labelkan bahagian-bahagian objek.
9. berikan tajuk untuk lukisan anda.

Lukis dan namakan alatan yang biasa digunakan dalam pengajaran sains sekolah rendah.

Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang makmal maya.

Bagaimanakah ianya berbeza dengan bilik makmal sains biasa?
 









TOPIK 3
PENGENDALIAN SPESIMEN DENGAN BETUL DAN BERHATI-HATI

SINOPSIS
Topik ini membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran manipulatif dalam penyiasatan saintifik. Kemahiran psikomotor ini membolehkan pelajar untuk menguasai:
1.    Mengguna  dan  mengendali  alatan sains
2.    Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat
3.    Pengendalian specimen dengan cara yang betul dan cermat
4.    Membersihkan peralatan sains dengan betul
5.    Menyimpan alatan sains dan bahan kimia dengan betul dan selamat


Hasil pembelajaran

Pada akhir topik ini pelajar dapat:

1. Menerangkan kemahiran manipulaif sebagai proses psikomotor yang perlu dikembangkan melalui penyiasatan saintifik
2.    Menerangkan kemahiran manipulatif dalam penyiasatan saintifik termasuk:
           
a)         Penggunaan  dan pengendalian  alatan sains
b)         Pengendalian spesimen dengan cara yang betul
           dan   cermat
c)         Membersihkan peralatan sains dengan betul
d)         Penyimpanan  alatan sains dan bahan makmal
           dengan  betul dan selamat


           Benda hidup yang dibawa ke bilik darjah perlu di jaga untuk tempoh masa yang pendek atau panjang. Oleh yang demikian ianya memerlukan kediaman yang khusus dan penjagaan yang berkala. Jika boleh bina suatu kawasan lapangan di luar bilik darjah anda perlu mengambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikan specimen.

         Kebersihan dan keselamatan apabila mengendalikan specimen perlu diberikan perhatian yang lebih.pastikan pelajar membasuh tangan mereka denga sabun dan air selepas mengendalikan specimen hidup. Penjagaan yang lebih perlu diberikan apabila specimen itu mempunyaui cirri-ciri yang boleh membahayakan pelajar( e.g kaktus yang mempunyai duri yang tajam,serangga yang mungkin menyengat atau menggigit atauyang boleh menyebabkan irritasi) . ingatkan pelajar supaya tidak merasa atau memasukkan apa jua kedalam mulut mereka. 

       Aktiviti1 :  Biji Kacang Hijau

1.    Sediakan tiga lembaran lapisan kapas diatas kepingan tail yang berbeza.
2.    Letakkan lima biji kacang hijau ke atas setiap satu lapisan kapas.
3.  Tinggalkan kering lapisan kapas yang pertama.basahkan lapisan kapas yang kedua dengan lima sudu air dan lapisan ketiga dengan 20 sudu air.
4.    Siram lapisan kedua dan ketiga dengan isipadu air yang sama selama lima hari.
5.    Perhatikan tumbesaran anak benih dan rekodkan ketinggian dan bilangan daun setiap hari.


Aktiviti 2 : Ikan dan Cicak

1.    Sediakan satu akuarium dengan ikan dan cicak. Perhatikan haiwan tersebut.
2.    Kenalpasti dan bandingkan cirri-ciri kedua haiwan tersebut.
a)    Apakan ciri yang biasa haiwan tersebut?
b)    Apakah ciri yang berbeza?

3.2.    PENGENDALIAN BAHAN-BAHAN BIOLOGI

l  Semua aktiviti yang melibatkan tangan ke mulut perlu dielakkan
l  Serangga dan haiwan kecil harus diletakkan di dalam sangkar atau akuarium.
l  Kecederaan yang disebabkan oleh haiwan yang dikaji hendaklah di rawat dengan menggunakan antiseptic dan rawatan selanjut perlu diberikan.
l  Luka perlu sembuh sepenuhnya sebelum mula bekerja. Pertimbangkan penggunaan filem,videos dan computer untuk aktiviti dissection..
l  Alatan kaca dan slaid mikroskop perlu di basmi kuman dan digunakan semula.
l  Sebarang tumpahan atau kemalangan perlu direkodkan walaupun tiada kecederaan.

Tumbuhan
·         Lakukan pemerhatian di lapangan
·         Pulangkan semula specimen di lapangan
·          Jangan buang specimen kedalam tong sampah
·          Jangan kendalikan tumbuhan yang beracun

Binatang
·         Perhatikanserangga yang hidup didalam piring petri yang tertutup.
·         Lepaskan serangga selepas aktiviti.  
·         Untuk pastikan keselamatan   sebelum memulakan kerja balut semua luka.
·         Tangan perlu dibasuh dengan sabun.
·         Jika digigit rawat luka dengan antiseptic.


3.3.      MEMBERSIH ALATAN SAINS DENGAN BETUL

l  Bersihkan alatan kaca dengan menggunakan bahan cuci,bilas dengan air dan keringkan.
l  Untuk pengeringan biarkan alatan kaca berdiri,digantung atau dibiarkan kering diatas rak atau papan pengering.
l  Selepas menggunakan sebarang alat pastikan ianya bersih sebelum disimpan.


3.4.     MENYIMPAN ALATAN SAINS DAN BAHAN DENGAN  BETUL DAN
           SELAMAT

l  Alatan yang besar dan bekas bahan kimia yang besar seharusnya disimpan pada rak yang bawah.
l  Bahan perlu disimpan pada suhu yang sesuai.
l  Jangan letakkan bahan yang bahaya dalam bekas yang tidak stabil.
l  Racun perlu dikunci dalam cabinet.
l  Simpan semua bahan kimia yang aktif dalam bekas yang gelap
l  Asid dan bahan yang mengkakis perlu disimpan  dalam cabinet bukan logam dan berlubang.





Tuliskan nota ringkas tentang cara pengendalian,pembersihan dan ra simpanan alatan sains.
.











No comments:

Post a Comment